Satu seminar berkaitan strategi pemasaran telah di adakan untuk pelajar-pelajar perakaunan. Kesemua peserta adalah berkelulusan institut pengajian tinggi didalam dan luar negara.Rata-rata graduan universiti hari ini menganggap lulusan perakaunan hanya boleh kerja makan gaji sahaja. Apa yang cuba di terapkan oleh pihak akademi dalam seminar ini ialah untuk menukar persepsi yang negatif ini dengan ilmu yang mereka pelajari dalam bidang perakaunan sebenarnya boleh di gunakan untuk meneroka peluang perniagaan yang baru bagi mereka.
Hampir 70% syarikat@perniagaan IKS di negara tidak memiliki sistem perakaunan yang lengkap atau sistematik sedangkan mereka harus menghantar laporan kewangan yang lengkap setiap tahun kepada LHDN. Begitu juga salah satu syarat WAJIB bagi permohonan pinjaman dari institusi-institusi kewangan adalah dengan mengemukakan laporan kewangan syarikat sekurang-kurangnya untuk 6 bulan terakhir.
Salah satu misi Akademi Nicks Creation adalah untuk melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dalam bidang kemahiran seperti perakaunan. Kursus yang di kendalikan di akademi adalah berlainan dengan apa yang di pelajari di universiti@ kolej di mana konsep@sistem yang di guna berbentuk
'realiti'. Ini bagi mempastikan peserta-peserta kursus dapat mengendalikan sistem perakaunan dengan baik dan bersistematik dan berpeluang untuk meneroka bidang perakaunan sebagai salah satu bentuk perniagaan yang baru dan menjanakan pendapatan yang lumayan.
KURSUS UBS PERAKAUNAN TERBARU BERMULA APRIL 2013
Pendaftaran pada 29 & 30th Mac 2013.Jika berminat boleh berhubung Puan Nik di 011-26191871 dengan SMS nama penuh dan emel anda sebelum tarikh yang telah di tetapkan atau datang sendiri ke pejabat Akademi pada tarikh tersebut
|
KELENGKAPAN DI SEDIAKAN UNTUK PELAJAR |
Tempoh Kursus:
4 Bulan
Yuran :
RM 250 Sebulan
Yuran Pendaftaran :
RM 400
( Nota, Files ,Pendrive serta installation of UBS Sofware V6 ke laptop anda)
3 SESSI - 10 PAGI - 12 TGHARI
3 PTG- 5 PTG
8 MLM-10MLM