/

08/07/2013

BENGKEL TEKNIK MENJAHIT MANIK,LABUCI & KRISTAL.


Kebanyakan jahitan manik pada pakaian yang di jual di pasaran hari ini tidak kemas, benang berserabut di belakang manik dan mudah tanggal bila di basuh menggunakan mesin pencuci pakaian (washing machine).Ini menyebabkan ramai pengguna kecewa ketika mahu membeli atau memakai pakaian yang bermanik.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi, kami akan menganjurkan bengkel satu hari untuk sesiapa yang berminat untuk belajar teknik menjahit manik untuk pakaian mereka sendiri . Jahitan manik yang terikat yang kemas,susah tanggal ,boleh di basuh menggunakan mesin pencuci dan tanpa benang di belakang

BENGKEL TEKNIK MENJAHIT MANIK, LABUCI & KRISTAL 
( Tanpa Benang Bersimpul di Belakang)

TARIKH : 31ST OGOS 2013 (SABTU)
MASA: 1 HARI ( 9 PAGI - 5 PETANG

Jahitan Manik Sulam Satin
JENIS JENIS JAHITAN MANIK:-
1.Mata Lalat Manik
2.Jahitan Manik Peyote
3.Jahitan Labuci Bermanik
4.Jahitan Manik Beriring
5.Jahitan Manik Bersisik
6.Jahitan Manik Kuku Kambing
7.Jahitan Bunga Padi & Kristal
8.Jahitan Bulu Ayam & Bunga Kristal
9.Jahitan Sulaman Satin
10.Jahitan Labuci Bersayap
Lihat! tiada benang di belakang kain

BENGKEL AKAN DI ADAKAN SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI. SILA DAFTAR UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT

BENGKEL 1 HARI
YURAN : RM 150
KELENGKAPAN DI SEDIAKAN

KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR:;DITUTUP
Jahitan Labuci Bersisik

Tiada benang kelihatan


1 comment:

  1. Bila lagi ada buat kursus ni ya? Ada tak buat kat area bangi ke atau kat area kajang?

    ReplyDelete