/

03/06/2013

TERKINI! BAJU PEPLUM HARI RAYA AIDILFITRI

2 CORAK BAJU PEPLUM YANG DI JUAL SECARA BORONG TELAH KEHABISAN STOK . UNTUK CORAK LAIN SILA LAYARI http://nickswholesale.blogspot.com/



PENERIMA SIJIL UBS PERAKAUNAN SELEPAS TAMAT KURSUS




DARI KIRI
:
1.SITI NUR KHATIJAH BINTI ARIFFIN (BACHELOR OF ART-BUS.STUDIES-UNIVERSITY OF EAST LONDON)
2.AHMAD SHAKEER BIN HADZIR (DEGREE OF BUS.ADMINISTRATION-UKM)
3.NUR SAADAH BINTI ABU HASAN (DEGREE OF SCIENCE-UKM)

TIADA DALAM GAMBAR:
4.NOR AKMAR BINTI ZAKARIA (DEGREE OF ACCOUNTANCY-UUM)
5.SITI AISHAH BINTI WAHAB (DEGREE OF ECONOMICS-UPM)
6.IZRA MAZYANNA BINTI ITNIN (DIPLOMA IN ACCOUNTANCY-UITM)
7.AHMAD ZARIQUE KYSAR BIN ROSLAN (DEGREE OF ARCHITECTURE-CITY UNIVERSITY OF COLLEGE)

24/05/2013

BENGKEL KEUSAHAWANAN- STRATEGI PERMULAAN PERNIAGAAN

Satu bengkel keusahawanan telah di jalankan baru-baru ini di pejabat akademi. Bengkel sehari itu di adakan secara percuma telah di hadiri oleh peserta-peserta yang terdiri dari peniaga-peniaga kecil, siswazah, pekerja-pekerja dari sektor swasta dan penjawat awam.Bengkel yang bertajuk 'bagaimana nak mula berniaga?'menekankan pada aspek-aspek pasar sasar, promosi dan sistem kewangan. Matlamat pihak akademi adalah bagi membantu bumiputera khususnya wanita tentang aspek-aspek yang harus di titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. Antara kelemahan-kelemahan yang di hadapi adalah kurangnya pengetahuan tentang produk atau perkhidmatan yang ingin di tawarkan.


PESERTA-PESERTA YANG MENGHADIRI BENGKEL TERSEBUT
SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT DENGAN TEKUN
SEBAHAGIAN DARI PESERTA
ANTARA PESERTA YANG MEMBUAT PERSEMBAHAN
LAGI PERSEMBAHAN DARI SALAH SEORANG PESERTA
PRODUK KELUARAN DARI NICKS WHOLESALES
PRODUK KELUARAN DARI NICKS FOOD AND BEVERAGES







31/03/2013

BENGKEL JAHITAN LANGSIR 31MAC


INI ADALAH BENGKEL YANG TERAKHIR
BENGKEL YANG SETERUSNYA SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI 
(SEPTEMBER 2013)



 KELENGKAPAN JAHITAN DI SEDIAKAN
MENELITI NOTA

SEDIA UNTUK MEMOTONG
PROSES PENCANTUMAN
BERHATI HATI DAN TELITI
MENGIKUT CORAK YANG TELAH DI TETAPKAN
SEDIA UNTUK MENJAHIT
LANGSIR YANG TELAH SIAP DI JAHIT

18/03/2013

SEMINAR STRATEGI PEMASARAN UNTUK PESERTA-PESERTA KURSUS PERAKAUNAN UBS



Satu seminar berkaitan strategi pemasaran telah di adakan untuk pelajar-pelajar perakaunan. Kesemua peserta adalah berkelulusan institut pengajian tinggi didalam dan luar negara.Rata-rata graduan universiti hari ini menganggap lulusan perakaunan hanya boleh kerja makan gaji sahaja. Apa yang cuba di terapkan oleh pihak akademi dalam seminar ini ialah untuk menukar persepsi yang negatif ini dengan ilmu yang mereka pelajari dalam bidang perakaunan sebenarnya  boleh di gunakan untuk meneroka  peluang perniagaan yang baru bagi mereka.
 
Hampir 70% syarikat@perniagaan IKS di negara tidak memiliki sistem perakaunan yang lengkap atau sistematik sedangkan mereka harus  menghantar laporan kewangan yang lengkap setiap tahun kepada LHDN. Begitu juga salah satu syarat WAJIB bagi permohonan pinjaman dari institusi-institusi kewangan adalah dengan mengemukakan laporan kewangan syarikat sekurang-kurangnya untuk 6 bulan terakhir.

Salah satu misi Akademi Nicks Creation adalah  untuk melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dalam bidang kemahiran seperti perakaunan. Kursus yang di kendalikan di akademi adalah berlainan dengan apa yang di pelajari di universiti@ kolej di mana konsep@sistem  yang di guna berbentuk 'realiti'. Ini bagi mempastikan peserta-peserta kursus dapat mengendalikan sistem perakaunan dengan baik dan bersistematik dan berpeluang untuk meneroka bidang perakaunan sebagai salah satu bentuk perniagaan yang baru dan menjanakan pendapatan yang lumayan.

KURSUS UBS PERAKAUNAN  TERBARU BERMULA APRIL 2013

Pendaftaran pada 29 & 30th Mac 2013.Jika berminat boleh berhubung Puan Nik di 011-26191871 dengan SMS nama penuh dan emel anda sebelum tarikh yang telah di tetapkan atau datang sendiri ke pejabat Akademi pada tarikh tersebut
KELENGKAPAN DI SEDIAKAN UNTUK PELAJAR

Tempoh Kursus:  4 Bulan
Yuran               :   RM 250 Sebulan  
Yuran Pendaftaran : RM 400
(  Nota, Files ,Pendrive  serta installation of UBS Sofware V6 ke laptop anda)

 3  SESSI - 10 PAGI - 12 TGHARI
                    3 PTG- 5 PTG
                    8 MLM-10MLM





13/03/2013

BENGKEL JUBAH MUSLIMAH 2013

Seramai 15 peserta telah menjayakan bengkel jubah muslimah (hoody)  1 hari dan berjaya menyiapkan sepasang jubah 



24/02/2013

BENGKEL KEMAHIRAN 2013





 BENGKEL-BENGKEL YANG SELANJUTNYA

JUBAH MUSLIMAH PADA 10TH MAC 2013
YURAN: RM 180.00
JAHITAN LANGSIR (5 PATTERN) PADA 31ST MAC 2013
YURAN: RM 280.00
           

BENGKEL TUDUNG (5 FESYEN) PADA 24TH MAC 2013
YURAN: RM 180.00





        














17/01/2013

JUALAN BORONG PAKAIAN HASIL KERJA PELAJAR

kami  mengadakan jualan borong  pakaian yang di hasilkan oleh pelajar-pelajar kami secara kontrak, Sila rujuk di link http://nickswholesale.blogspot.com/  untuk gambar dan harga

                                                                     
BAJU DRESS PEPLUM  & BAJU KURUNG PEPLUM    
  

09/01/2013

GALERI BENGKEL 2012





BENGKEL TERBARU 2013

1. BENGKEL JAHITAN BAJU MELAYU & SELUAR SLAK
2. BENGKEL JAHITAN LANGSIR (5 FESYEN)
3. BENGKEL JAHITAN JUBAH LELAKI
4. BENGKEL JAHITAN JUBAH WANITA
5. BENGKEL JAHITAN BAJU  BLOUSE
6.BENGKEL JAHITAN BAJU PENGANTIN
7. BENGKEL JAHITAN BAJU KEMEJA LELAKI LENGAN PANJANG



Sila hubungi Puan Nik untuk pendaftaran dengan menyatakan nama,alamat, no telefon dan bengkel yang di minati untuk di masukkan dalam senarai pendek.Kami akan menghubungi anda dari masa ke semasa selepas penetapan tarikh -tarikh bengkel .


03/12/2012

KELAS PERAKAUNAN BERMULA

Kursus perakaunan secara praktikal dengan menggunakan perisian UBS telah bermula. Rata-rata peserta kursus adalah kakitangan syarikat swasta yang memiliki ijazah dari universiti tempatan dan luar negara.Mereka begitu teruja mengikuti kursus ini kerana cara pembelajaran yang berbeza berbanding dengan apa yang mereka pelajari di pusat pengajian tinggi.Program kursus ini lebih berbentuk reality seperti apa yang dilakukan dalam urusan pejabat setiap hari.

Peserta-peserta kursus di bekalkan dengan dengan hardcopy dokumen-dokumen yang biasa didapati dalam urusan pejabat seperti invois,resit, penyata bank,salary voucher, EPF Statement,dan pelbagaian bil-bil bulanan seperti dari TM, Tenaga Nasional, Syabas . Mereka harus merekod serta membuat filing system kepada dokumen-dokumen tersebut.

Seterusnya peserta-peserta harus membuat data entry di komputer dengan menggunakan UBS sistem dan mempastikan figure dan transaction adalah tepat. Penggunaan sistem UBS hanyalah untuk membantu membiasakan diri dengan transaksi accounting sistem. Pengalaman menggunakan sistem ini dapat membantu mereka membiasakan diri dengan sistem perakaunan yang lain seperti MYOB dan SQL.

Matlamat kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta-peserta kepada urusan dalam dunia perniagaan yang sebenarnya. Siswazah atau bakal siswazah harus di beri peluang untuk mempelajari ilmu yang kurang di terapkan di pusat pengajian tinggi supaya mereka dapat membiasakan diri dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

Pengambilan masih terbuka bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kursus ini samada penuh atau separuh masa.

17/11/2012

KURSUS JAHITAN 2013 -PENGAMBILAN BARU BERMULA

PENDAFTARAN BARU UNTUK KURSUS JAHITAN 2013 TELAH MULA DI BUKA ( DARI NOVEMBER SEHINGGA DISEMBER 2012) UNTUK KURSUS YANG  AKAN BERMULA JANUARI 2013
SUASANA PEMBELAJARAN YANG LUAS, SELESA DAN BERHAWA DINGIN .SURAU JUGA DI SEDIAKAN



KELENGKAPAN JAHITAN YANG DIBERI SEMASA PENDAFTARAN. SIJIL AKAN DI BERI SELEPAS TAMAT KURSUS


SUBJEK-SUBJEK:
1. BAJU KURUNG PESAK BULUH + KAIN SUSUN (Leher Tisu Bergam)
2. BAJU KURUNG PESAK GANTUNG+ KAIN SELISIH ( Leher Jahitan Mata Lalat)
3. BAJU KURUNG RIAU + KAIN SELISIH (Leher Jahitan Karipap)
4. BAJU KURUNG MODEN + KAIN DUYUNG  2 KEPING (Leher Tisu Bergam & Zip Sembunyi)
5 .BAJU KEBAYA MODEN + KAIN SUSUN BELAKANG
6. BAJU KEBAYA KLASIK + KAIN BELAH 3 KEPING
7. BAJU MELAYU JOHOR + SELUAR SLAK
8. BAJU MELAYU CEKAK MUSANG + SELUAR SLAK &POKET
9. BAJU KEMEJA + SELUAR KARGO

YURAN: RM 290 SEBULAN  PENDAFTARAN: RM 500 
( Kelengkapan jahitan termasuk 9 pasang kain di berikan untuk kegunaan dalam tempoh kursus)

MASA:   3 Sesi 1 Hari 
                9 Pagi -1 Tghari; 2.30 ptg- 6.30 ptg; 7.30mlm-10.30mlm
                 Rabu, Khamis, Sabtu & Ahad

TEMPOH:    4 BULAN 

LOKASI:

Lokasi tempat boleh di hubungi melalui Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP) ke Putrajaya.Berdekatan Pasaraya Besar Carrefour Puchong.Terdapat kemudahan-kemudahan menjamu selera bersebelahan seperti  Domino Pizza, Pizza Hut,D'Arab Cafe dan Restoran Mamak 24Jam. Pengangkutan awam  seperti Hentian Bas RapidKL dan Teksi ada berdekatan.

FAEDAH-FAEDAH BELAJAR DI AKADEMI:

1. Selepas tamat kursus  anda di beri peluang untuk mempraktikkan kemahiran anda dengan menjahit baju-baju kontrak yang di bekalkan oleh anak syarikat kami . Secara tidak langsung anda berpeluang meningkatkan kemahiran anda serta mendapat wang saku tambahan.
2. Syarikat kami juga sedang  berkembang dan akan membuka beberapa cawangan di seluruh negara.Pelajar yang berpotensi akan di beri peluang  menjadi "apprentive "tenaga pengajar di akademi dan sekiranya berjaya akan di serapkan di cawangan -cawangan

03/11/2012

BENGKEL JAHITAN LANGSIR BERSAMA JAWATANKUASA PENDUDUK MPSJ ZON 12

Bengkel jahitan langsir dengan kerjasama JKP  Zon 12 Puchong telah di adakan baru baru ini. Bengkel ini adalah di jalankan di bawah program skim latihan keusahawanan untuk penduduk-penduduk di kawsan zon 12 MPSJ.

Seramai 14 orang peserta telah di pilih untuk mengikuti kursus ini yang terdiri dari suri rumah,ibu tunggal dan asnaf. Menurut Encik Rozman,penyelaras program tersebut." bengkel ini adalah salah satu program di bawah JKP  yang di rancang untuk masyarakat setempat bagi membantu mereka menimba ilmu serta membuka peluang bagi mereka  menambahkan lagi pendapatan melalui kemahiran"