" Kesan dari Pandemik Covid 19, telah mengakibatkan pengangguran hampir 267 juta di seluruh dunia.Perubahan kearah teknologi digital juga meyebabkan keperluan terhadap sektor gunatenaga kerja berkurang sehingga 38%. UNESCO telah melancarkan Strategi UNESCO Untuk TVET 2022-2029
( UNESCO Strategy For TVET 2022-2029 ) dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bidang kemahiran TVET sebagai peluang pekerjaan baru bagi golongan remaja dan dewasa melalui pendidikan berasaskan TVET"
- Transforming TVET For Successful and Just Transitions
25th October 2022
United Nation Campus, Bonn, Germany
Program Perintis Komuniti TVET adalah program pendidikan ilmu kemahiran untuk masyarakat setempat didalam usaha mewujudkan peluang peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka dalam bidang kemahiran serta melahirkan peluang peluang perniagaan berasaskan ilmu kemahiran yang mereka pelajari
TVET mensasarkan peserta peserta dari golongan belia, pelajar lepasan sekolah , penganggur serta masyarakat B40 yang ingin mengubah nasib mereka untuk menjadi masyarakat yang berjaya serta menjadikan TVET sebagai bidang perniagaan yang baru buat mereka.
PENGAMBILAN 2023 DITUTUP. TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment