/

04/02/2014

SEMINAR TENTANG KURSUS KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN 2014

Pihak Akademi akan menganjurkan program seminar 1 hari tentang peluang peluang perniagaan berasaskan kemahiran. Seminar yang akan di jalankan ini bertujuan untuk mendedahkan bagaimana pentingnya bidang kemahiran ini dapat menjanakan pendapatan yang lumayan di dalam dunia perniagaan

Tempat : Akademi Nicks Creation
Alamat : 10B  Jalan PU 7/ 2, Bandar Puchong Utama,Puchong
Tarikh : 15hb Februari 2014
Masa: 10.00 pagi- 12.00 Tghari
Masuk: PERCUMA

KURSUS-KURSUS KEMAHIRAN                                                

KURSUS MEMBAIKI KOMPUTER
KURSUS JAHITAN DAN FESYEN

KURSUS LENGKAP PERAKAUNAN
KURSUS MEMBAIKI MESIN JAHIT

KURSUS DANDANAN RAMBUT
DAN SALOON
KURSUS PENDAWAIAN ELETRIK


KURSUS JAHITAN SULAMAN
KURSUS MEMBINA WEB@BLOG

Seminar ini adalah secara PERCUMA .
Sila daftar di sini untuk pengesahan tempat.(Tempat adalah terhad )

TELAH DI TUTUP

08/12/2013

KURSUS LENGKAP PERAKAUNAN MENGGUNAKAN PERISIAN UBS

PELUANG PEKERJAAN UNTUK MEREKA YANG MAHIR DALAM BIDANG PERAKAUNAN


PENGAMBILAN UNTUK KURSUS LENGKAP PERAKAUNAN LENGKAP MENGGUNAKAN SISTEM UBS AKAN DI JALANKAN PADA BULAN  APRIL 2014

KURSUS LENGKAP PERAKAUNAN
MASA                                 :         5 BULAN
YURAN PENDAFTARAN :         RM 500
YURAN BULANAN          :          RM 280

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGISI BORANG PENDAFTARAN

DI TUTUP

TESTIMONIAL



NOOR AKMAR BINTI ZAKARIA
IJAZAH PERAKAUNAN-UUM
Walaupun memiliki kelulusan dalam bidang perakaunan, saya rasa ilmu yang ada masih cetek lagi untuk dipraktikan dalam dunia pekerjaaan yang di tawarkan.Apa yang di pelajari di pusat pengajian tinggi tidak sama dengan apa yang perlukan di tempat kerja.Saya telah memulakan tugas dalam bidang perbankan di sebuah institusi kewangan di ibu kota setelah tamat pengajian.

Selepas hampir 6 tahun bertugas saya terpaksa berhenti kerana tekanan kerja dan juga untuk menjaga anak yang masih kecil. Selepas umur anak meningkat, saya cuba untuk memohon  jawatan lain yang sesuai dengan kelulusan dan pengalaman saya tapi gagal kerana rata-rata majikan memerlukan pekerja  yang mempunyai  lebih pengetahuan  dalam sistem perakaunan  terutama dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer.

Saya bertekad untuk belajar lagi dengan lebih mendalam dengan mengikuti kursus di Akademi Nicks Creation. Di sini saya bukan sahaja di ajar menguruskan sistem akaun secara berkomputer tetapi saya juga di ajar menguruskan perakaunan secara manual. Saya juga telah di ajar membuat 'filling system' dengan betul. Lain-lain tugas 'administrative office' serta 'companies paperwork for auditing' juga ditekankan di sini.

Kini saya telah pun mendapat pekerjaan di sebuah pusat perubatan di Bangi dengan gaji yang agak lumayan berkat dengan ilmu yang telah di pelajari di akademi."

27/11/2013

KURSUS JAHITAN JANUARI 2014 -PENDAFTARAN BERMULA


KELENGKAPAN  MESIN JAHIT TERSEDIA
SUASANA YANG SELESA

Kursus Jahitan bagi kelas yang akan bermula pada Januari 2014 telah memulakan pendaftaran.Pengambilan adalah untuk kursus 6 bulan dan 1 tahun.Subjek-subjek yang di ajar adalah seperti berikut:-

KURSUS JAHITAN  6 BULAN (18 FESYEN WANITA DAN LELAKI)
1. Baju Kurung Tradisional dan Moden
2. Baju Kebaya Klasik dan Moden
3. Baju Blaus Pelbagai Kolar
4. Baju Melayu dan Seluar Slak
5. Baju Kemeja dan Seluar Kargo
6. Melakar Fesyen (Sketching)
7. Mengenal Kepelbagaian Fabrik (Tutorial)
8. Pengurusan, Pengiklanan dan Promosi (Marketing Strategy)

KURSUS JAHITAN DAN REKAAN FESYEN (12 BULAN@ 1 TAHUN)
30  FESYEN WANITA DAN LELAKI
1. Baju Kurung Tradisional dan Moden
2. Baju Kebaya Klasik dan Moden
3. Baju Blaus Pelbagai Kolar
4. Baju Melayu dan Seluar Slak
5. Baju Kameja dan Seluar Kargo
6. Melakar Fesyen (Sketching)
7. Mengenal Kepelbagaian Fabrik (Tutorial dan Praktikal)
8. Pengurusan, Pengiklanan dan Promosi ( Marketing Strategy)
9. Bengkel Motivasi dan Keusahawanan
10. Mesin  Jahit  PERCUMA selepas tamat kursus

PENDAFTARAN
Yuran Pendaftaran RM 500.00
Yuran Bulanan RM 250.00
Pendaftaran boleh di lakukan dengan klik di sini untuk mengisi borang 
PENGUMUMAN
"PENDAFTARAN UNTUK JANUARI 2014 TELAH DI TUTUP.
KEPADA MEREKA YANG BELUM MENDAFTAR ,PENDAFTARAN SECARA ONLINE AKAN DI BUKA KEMBALI  PADA BULAN JULAI 2014 UNTUK PENGAMBILAN  SESSI KEDUA PADA SEPTEMBER 2014.
TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TELAH MENDAFTAR PADA HARI PENDAFTARAN.
SELAMAT BELAJAR"
Peserta yang telah mendaftar akan di hubungi melalui sms, emel dan surat secara bertulis.




PENTING!!!
TIPS BAGAIMANAKAH  CARA UNTUK MEMILIH KURSUS JAHITAN DENGAN BETUL SEPERTI YANG DI IKLANKAN  DALAM MEDIA MASSA DAN INTERNET ?

1. SIAPA TENAGA PENGAJAR?
Anda harus bertanya siapakah tenaga pengajar yang akan mengajar kursus-kursus jahitan itu?Pastikan tenaga pengajar itu adalah pemilik/tuan punya syarikat itu bukan bekas pelajar,pelajar praktikal atau 'part-time teacher' kerana prestasi pembelajaran anda akan di tentukan oleh penganjur kursus yang berpengalaman.Di Akademi Nicks Creation anda di ajar secara  terus oleh Puan Nik (Pemilik) dan prestasi anda akan sentiasa di rekodkan dan akan di pantau melalui 'rekod pelajar'.keupayaan pelajar sentiasa di awasi dan maklumat pembelajaran di kemaskini.dari masa ke semasa dalam  tempoh pembelajaran

2. PUSAT JAHITAN @ BUTIK?
Pastikan syarikat yang menganjurkan kursus jahitan itu merupakan institusi yang mempunyai segala kemudahan dan kelengkapan untuk menganjurkan kursus-kursus jahitan serta juga berupaya meganjurkan kursus-kursus kemahiran yang lain yang dapat membantu menerapkan sifat-sifat keusahawan.Di Akademi , kita tidak menjual pakaian siap ,tiada showroom'untuk jual/beli pakaian.Kehadiran peserta adalah untuk belajar kerana itu adalah misi dan visi akademi kami.

3.LATARBELAKANG SYARIKAT?
Pastikan syarikat itu mempunyai pengalaman penganjuran kursus-kursus dengan organisasi /NGO/Badan Badan Berkanun dan lain lain pertubuhan, supaya anda lebih yakin dalam memilih syarikat yang mendapat pengiktirafan. Kami telah menganjurkan kusus-kursus jahitan sejak dari tahun 1998 lagi dan pernah bekerjasama dengan organisasi organisasi seperti Jabatan Pembangunan Wanita(JPW), Politeknik, Universiti ,Jawatan Kuasa Penduduk(JKP), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)dan lain lain lagi



25/11/2013

PROJEK MENJAHIT BAJU KONTRAK OLEH PELAJAR-PELAJAR AKADEMI

Seperti dalam sukatan pelajaran, pelajar-pelajar peringkat akhir pembelajaran di beri peluang untuk menjahit baju kontrak. Mereka di latih bagi menyiapkan tempahan-tempahan baju kontrak oleh syarikat@organisasi yang memberikan mereka projek .Bagi mematangkan pelajar dalam arus dunia perniagaan jahitan, mereka haruslah mempastikan
1. Dapat menyiapkan tempahan mengikut tempoh seperti yang telah di janjikan( dateline)seperti  dalam kontrak
2. Jumlah kuantiti yang di perlukan
3. Kualiti jahitan









09/11/2013

BENGKEL JAHITAN SULAMAN TAMPAL





SUBJEK:
* SULAMAN LACE DENGAN JAHITAN INSANG PARI
*JAHITAN LACE BERLABUCI
*JAHITAN LACE BERMANIK
*SULAMAN BUNGA TAMPAL


TARIKH: 11HB DISEMBER 2013 (RABU)-CUTI HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR
MASA : 1 HARI 
YURAN: RM 180.00 ( * harga termasuk 3 pek pelbagai jenis manik, sijil dan sarapan )

SILA DAFTAR DI SINI;
"BORANG PENDAFTARAN"


BENGKEL JUBAH MUSLIMAH



TARIKH :     17TH NOVEMBER 2013 (AHAD)
MASA :         1 HARI ( 9 PAGI HINGGA 5 PETANG)
YURAN :       RM 180 ( Harga termasuk kain jubah , sarapan dan                                             sijil penyertaan)


Sila daftar di sini:TELAH DI TUTUP


BENGKEL JAHITAN LANGSIR ( 5 PATEN)



TARIKH :   30TH NOVEMBER 2013 ( Ahad)
MASA  :     1 HARI
YURAN:     RM 280.00 (Harga termasuk kain langsir 5 meter, sarapan dan sijil penyertaan)

SILA DAFTAR DI SINI:-
DI TUTUP

30/10/2013

BENGKEL JAHITAN MANIK ,LABUCI DAN KRISTAL (TEKNIK JAHITAN TANPA BENANG DI BELAKANG)-10 JENIS PATEN TERKINI



JAHITAN BUNGA PADI
DENGAN MANIK  DAN KRISTAL
TIADA BENANG TERKELUAR DI BELAKANG
JAHITAN KUKU KAMBING BERMANIK
JAHITAN MANIK PEYOTE
KEMAS,TIADA BENANG TERKELUAR DAN SUSAH TANGGAL
BILA DI BASUH


TARIKH :  25th DISEMBER 2013(CUTI HARI KRISMAS)
WAKTU :   9 PAGI -5 PETANG
YURAN :   RM 150.00*

:SILA KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
(TERHAD UNTUK 20 PESERTA SAHAJA YANG BERDAFTAR SECARA ON LINE )

*HARGA TERMASUK 3 PAKET PELBAGAI JENIS MANIK,KELENGKAPAN JAHITAN,MAKAN-MINUM SERTA SIJIL PENYERTAAN *



28/10/2013

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA FABRIK DAN LAKARAN FESYEN


PELAJAR-PELAJAR TEKUN MEMBUAT LAKARAN FESYEN

SALAH SATU CONTOH LAKARAN

KERTAS KERJA FABRIK YANG TELAH DI SIAPKAN OLEH PELAJAR
(DI SAHKAN OLEH PIHAK AKADEMI)

PELAJAR TELAH MENCARI CONTOH FABRIK SEPERTI YANG DI KEHENDAKI

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PROMOSI DAN PENGIKLANAN