/

10/04/2014

KURSUS MENJAHIT PAKAIAN LELAKI ( JUBAH LELAKI ,BAJU MELAYU DAN SELUAR SLAK)

Jubah Kelabu

Jubah Lelaki hasil rekaan dan koleksi Johan Rosli ,salah seorang bekas pelajar dari Akademi yang berjaya membuka butik busana muslim.
Sila layari www.johanrosli.com untuk berita terkini

KINI PIHAK AKADEMI AKAN MENGANJURKAN KURSUS  JAHITAN PAKAIAN LELAKI

1. JUBAH LELAKI   (1 Hari)
 TARIKH : 13TH APRIL 2014 (AHAD)
 MASA    :  9.00 PAGI -1.00 TGHARI
 YURAN :   RM 150.00


2. BAJU MELAYU DAN SELUAR SLAK -SEPASANG (2 Hari)
TARIKH: 19th DAN  20th APRIL 2014 (SABTU DAN AHAD)
MASA :  9.00 PAGI-5.00 PETANG
YURAN: RM 270.00

SILA DAFTAR DI SINI:
DI TUTUP

KURSUS MEMBAIKI KOMPUTER





Ini ialah skop Pembelajaran Kursus Membaiki Komputer :- 

TAHAP  1 ( 8 JAM)
Di dalam Kursus PC Repair & Networking ini, peserta akan di beri pengenalan tentang alat-alat komputer. mempelajari cara2 untuk membaiki komputer yang mempunyai kerosakan perkakasan dalaman ataupun kerosakan komponen dalaman sistem komputer (Hardware Troubleshooting). Pelajar akan mempelajari teknik2 yang berkesan untuk Format & Install Windows Operating System bersama dengan Software2 atau Program2 yang lain seperti Anti-virus, MS Office dan sebagainya.

TAHAP  2 ( 8 JAM)
Pelajar juga akan mempelajari teknik2 professional untuk Format Hard Disk & Partitionkan Hard Disk. Pelajar juga akan diajar mengenai cara2 untuk membersihkan komputer daripada jangkitan Virus. Di dalam Kursus PC Repair ini, pelajar juga akan mempelajari untuk membuat AsasNetworking seperti Internet Sharing, Files Sharing, Modem Streamyx Setup dan Printer Sharing dan Wireless Networking.


TARIKH:         19 DAN 20TH APRIL 2014
YURAN TAHAP 1:                  RM   200.00
YURAN TAHAP 1 DAN 2:         RM   380.00


Sila daftar di sini untuk mengikuti kursus ini:

BORANG PENDAFTARAN KURSUS

05/04/2014

BENGKEL-BENGKEL KEMAHIRAN SEPANJANG BULAN FEB-MAC 2014

  
BENGKEL JAHITAN MANIK,LABUCHI & KRISTAL
BENGKEL JAHITAN LANGSIR
BENGKEL BEG JEANS
BENGKEL JAHITAN TUDUNG
KURSUS PERAKAUNAN EXPRESS UBS















26/02/2014

KURSUS PERAKAUNAN EXPRESS ( PERAKAUNAN LENGKAP UBS FULL SET)


KENAPA PERLU BELAJAR PERAKAUNAN?

1.Siswazah-siswazah GAGAl mendapat pekerjaan kerana tidak memenuhi kriteria yang di perlukan ( Tidak tahu menggunakan sistem perakaunan yang up to date)
2. Peniaga-peniaga kecil-kecilan GAGAL mendapat pinjaman kerana sistem kewangan yang tidak teratur .( Tiada rekod urusan perniagaan yang sistematik)
3. Ahli perniagaan GAGAL mengemukakan penyata kewangan untung @ rugi yang betul kepada LHDN

Kami akan menganjurkan kursus 'express' perakaunan dengan menggunakan sistem perisian SAGE UBS.

Kursus satu hari ini akan memdedahkan anda tentang dunia perniagaan yang sebenarnya dengan teknik pembelajaran yang mudah di fahami secara 'realiti' dengan tutorial 100% dalam Bahasa Malaysia.

Subjek yang akan di ajar merangkumi Bookeeping, Filling, Trial Balance, Profit and Loss dan Balance Sheet.

Detail:
Company Set Up - Accounting Period - Starting Period
Journals - How to add or generate Monthly Batches
General Ledger maintenance - Chart of Account
Account No. and Special Account Code.
Debtors and Creditors Ledger, Debtors and Creditors Aging.
Entering Opening Balances. 
Maintaining Stock values - Opening Stock - Closing stock.
Transaction - Quick (double) entry - Add (single) entry. 
How to Edit, V-Edit and Delete Unwanted Transactions.
View and Print Reports - Trial Balance, P&L, Balance Sheet.
Debtors and Creditors Statement, transaction, aging and analysis.
Print cheque, official receipt, payment voucher and etc.
Security Setting - Pin No - User defined Password Protection.
Locked Batches, Month End Processing and View Audit Trail
Bank Reconciliation.
Backup and Restore data.
Year End Processing.

Tarikh:    
               27th April 2014 (AHAD)
               11th Mei  2014  (AHAD)
               25th Mei  2014  (AHAD)
Masa  :   9.00 pagi- 5.00 petang
Yuran :   RM 280.00

Sila daftar di sini:-

DI TUTUP

KEISTIMEWAAN BELAJAR DI AKADEMI NICKS CREATION:

1.  Kami merupakan 'Associate Partner' kepada Sage UBS International yang membekalkan ''business management software" kepada lebih 6 juta pengguna di seluruh dunia.dan 500 ribu pengguna di Malaysia,Singapore dan Brunei.
2. Sistem Sage UBS digunakan oleh oleh hampir 90% syarikat-syarikat di Malaysia yang bertaraf  IKS, Institut-Institut Pengajian Tinggi, Juruodit Bertauliah dan Institusi-Institusi Kewangan.
4. Peluang mendapat pekerjaan  adalah lebih cerah dengan calun yang memiliki kemahiran menggunakan sistem ini berbanding calun-calun yang hanya memiliki diploma/ijazah dalam bidang perakaunan/perniagaan/pentadbiran/ekonomi.
5. JobStreet.com, portal pekerjaan dalam talian  memberi lebih keutamaan kepada calun-calun yang mempunyai kemahiran dalam bidang perakaunan UBS.
4. Kami  juga menjual terus kepada pelajar-pelajar yang ingin memiliki  sistem perisian ini seperti Sage UBS Accounting 9.8 dan Billing, Sage Payroll, Sage POS, Sage EasyPay dan  Sage 50
5. Borang pembelian sofware Sage UBS boleh di daftarkan disini..
http://nicksolution.blogspot.com/


TESTIMONIAL


SITI NUR KHATIJAH BINTI ARIFFIN
(BACHELOR OF BUSINESS STUDIES)
" Walaupun saya telah bekerja dalam bidang pentadbiran di sebuah syarikat elektronik yang menggunakan sistem UBS dalam pengurusan kewangan, banyak perkara yang harus belajar kerana sistem ini tidak di ajar di pusat pengajian tinggi.Setelah belajar di akademi ,barulah  saya faham setelah di dedahkan dengan tip-tips pengurusan kewangan yang betul dan sistematik.

"Saya mencuba nasib untuk memohon pekerjaan yang baru dengan ilmu yang saya pelajari itu.Berbekal dengan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari pihak akademi ,saya berjaya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat antarabangsa di Petaling Jaya, walaupun saya lihat sebegitu ramai sekali calun-calun yang datang untuk di temuduga."

"Di dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar, kita perlu pergi lebih jauh ke depan dengan belajar ilmu --ilmu kemahiran yang lain untuk meningkatkan jati diri kita bukan hanya berpuas hati dengan  segulung ijazah sahaja"






19/02/2014

BENGKEL KEMAHIRAN 2014





1.BENGKEL MANIK,LABUCHI DAN KRISTAL
Bengkel jahitan tanpa jahitan benang di belakang

TARIKH : 23 FEBRUARI 2014
YURAN : RM 90.00


2. BENGKEL JAHITAN LANGSIR
3 Jenis Paten- Box Pleat, Diamond Box Pleat dan Eyeleat

TARIKH: 9 MAC 2014
YURAN : RM 180.00





3. BENGKEL BEG JEANS

TARIKH: 16 MAC 2014
YURAN: RM 150.00



4. BENGKEL JAHITAN TUDUNG 
3 jenis tudung -Syria,Anak Tudung & Ariani

TARIKH: 30 MAC 2014
YURAN: RM 100.00

SEMUA BENGKEL AKAN DI JALANKAN DI PUSAT LATIHAN

AKADEMI NICKS CREATION
10B JALAN PU 7/2
BANDAR PUCHONG UTAMA
47140 PUCHONG

LOKASI:
BERSEBELAHAN  PASARAYA BESAR AEON BIG (DULU CARREFOUR)
JARAK PERJALANAN 13KM DARI PLAZA TOL SUNWAY KE PUTRAJAYA
 BELOK SEBELAH KANAN  FLY OVER SEBELUM PLAZA TOL BUKIT PUCHONG
 
SILA DAFTAR DI SINI :-
DI TUTUP


04/02/2014

SEMINAR TENTANG KURSUS KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN 2014

Pihak Akademi akan menganjurkan program seminar 1 hari tentang peluang peluang perniagaan berasaskan kemahiran. Seminar yang akan di jalankan ini bertujuan untuk mendedahkan bagaimana pentingnya bidang kemahiran ini dapat menjanakan pendapatan yang lumayan di dalam dunia perniagaan

Tempat : Akademi Nicks Creation
Alamat : 10B  Jalan PU 7/ 2, Bandar Puchong Utama,Puchong
Tarikh : 15hb Februari 2014
Masa: 10.00 pagi- 12.00 Tghari
Masuk: PERCUMA

KURSUS-KURSUS KEMAHIRAN                                                

KURSUS MEMBAIKI KOMPUTER
KURSUS JAHITAN DAN FESYEN

KURSUS LENGKAP PERAKAUNAN
KURSUS MEMBAIKI MESIN JAHIT

KURSUS DANDANAN RAMBUT
DAN SALOON
KURSUS PENDAWAIAN ELETRIK


KURSUS JAHITAN SULAMAN
KURSUS MEMBINA WEB@BLOG

Seminar ini adalah secara PERCUMA .
Sila daftar di sini untuk pengesahan tempat.(Tempat adalah terhad )

TELAH DI TUTUP

08/12/2013

KURSUS LENGKAP PERAKAUNAN MENGGUNAKAN PERISIAN UBS

PELUANG PEKERJAAN UNTUK MEREKA YANG MAHIR DALAM BIDANG PERAKAUNAN


PENGAMBILAN UNTUK KURSUS LENGKAP PERAKAUNAN LENGKAP MENGGUNAKAN SISTEM UBS AKAN DI JALANKAN PADA BULAN  APRIL 2014

KURSUS LENGKAP PERAKAUNAN
MASA                                 :         5 BULAN
YURAN PENDAFTARAN :         RM 500
YURAN BULANAN          :          RM 280

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGISI BORANG PENDAFTARAN

DI TUTUP

TESTIMONIAL



NOOR AKMAR BINTI ZAKARIA
IJAZAH PERAKAUNAN-UUM
Walaupun memiliki kelulusan dalam bidang perakaunan, saya rasa ilmu yang ada masih cetek lagi untuk dipraktikan dalam dunia pekerjaaan yang di tawarkan.Apa yang di pelajari di pusat pengajian tinggi tidak sama dengan apa yang perlukan di tempat kerja.Saya telah memulakan tugas dalam bidang perbankan di sebuah institusi kewangan di ibu kota setelah tamat pengajian.

Selepas hampir 6 tahun bertugas saya terpaksa berhenti kerana tekanan kerja dan juga untuk menjaga anak yang masih kecil. Selepas umur anak meningkat, saya cuba untuk memohon  jawatan lain yang sesuai dengan kelulusan dan pengalaman saya tapi gagal kerana rata-rata majikan memerlukan pekerja  yang mempunyai  lebih pengetahuan  dalam sistem perakaunan  terutama dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer.

Saya bertekad untuk belajar lagi dengan lebih mendalam dengan mengikuti kursus di Akademi Nicks Creation. Di sini saya bukan sahaja di ajar menguruskan sistem akaun secara berkomputer tetapi saya juga di ajar menguruskan perakaunan secara manual. Saya juga telah di ajar membuat 'filling system' dengan betul. Lain-lain tugas 'administrative office' serta 'companies paperwork for auditing' juga ditekankan di sini.

Kini saya telah pun mendapat pekerjaan di sebuah pusat perubatan di Bangi dengan gaji yang agak lumayan berkat dengan ilmu yang telah di pelajari di akademi."

27/11/2013

KURSUS JAHITAN JANUARI 2014 -PENDAFTARAN BERMULA


KELENGKAPAN  MESIN JAHIT TERSEDIA
SUASANA YANG SELESA

Kursus Jahitan bagi kelas yang akan bermula pada Januari 2014 telah memulakan pendaftaran.Pengambilan adalah untuk kursus 6 bulan dan 1 tahun.Subjek-subjek yang di ajar adalah seperti berikut:-

KURSUS JAHITAN  6 BULAN (18 FESYEN WANITA DAN LELAKI)
1. Baju Kurung Tradisional dan Moden
2. Baju Kebaya Klasik dan Moden
3. Baju Blaus Pelbagai Kolar
4. Baju Melayu dan Seluar Slak
5. Baju Kemeja dan Seluar Kargo
6. Melakar Fesyen (Sketching)
7. Mengenal Kepelbagaian Fabrik (Tutorial)
8. Pengurusan, Pengiklanan dan Promosi (Marketing Strategy)

KURSUS JAHITAN DAN REKAAN FESYEN (12 BULAN@ 1 TAHUN)
30  FESYEN WANITA DAN LELAKI
1. Baju Kurung Tradisional dan Moden
2. Baju Kebaya Klasik dan Moden
3. Baju Blaus Pelbagai Kolar
4. Baju Melayu dan Seluar Slak
5. Baju Kameja dan Seluar Kargo
6. Melakar Fesyen (Sketching)
7. Mengenal Kepelbagaian Fabrik (Tutorial dan Praktikal)
8. Pengurusan, Pengiklanan dan Promosi ( Marketing Strategy)
9. Bengkel Motivasi dan Keusahawanan
10. Mesin  Jahit  PERCUMA selepas tamat kursus

PENDAFTARAN
Yuran Pendaftaran RM 500.00
Yuran Bulanan RM 250.00
Pendaftaran boleh di lakukan dengan klik di sini untuk mengisi borang 
PENGUMUMAN
"PENDAFTARAN UNTUK JANUARI 2014 TELAH DI TUTUP.
KEPADA MEREKA YANG BELUM MENDAFTAR ,PENDAFTARAN SECARA ONLINE AKAN DI BUKA KEMBALI  PADA BULAN JULAI 2014 UNTUK PENGAMBILAN  SESSI KEDUA PADA SEPTEMBER 2014.
TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TELAH MENDAFTAR PADA HARI PENDAFTARAN.
SELAMAT BELAJAR"
Peserta yang telah mendaftar akan di hubungi melalui sms, emel dan surat secara bertulis.




PENTING!!!
TIPS BAGAIMANAKAH  CARA UNTUK MEMILIH KURSUS JAHITAN DENGAN BETUL SEPERTI YANG DI IKLANKAN  DALAM MEDIA MASSA DAN INTERNET ?

1. SIAPA TENAGA PENGAJAR?
Anda harus bertanya siapakah tenaga pengajar yang akan mengajar kursus-kursus jahitan itu?Pastikan tenaga pengajar itu adalah pemilik/tuan punya syarikat itu bukan bekas pelajar,pelajar praktikal atau 'part-time teacher' kerana prestasi pembelajaran anda akan di tentukan oleh penganjur kursus yang berpengalaman.Di Akademi Nicks Creation anda di ajar secara  terus oleh Puan Nik (Pemilik) dan prestasi anda akan sentiasa di rekodkan dan akan di pantau melalui 'rekod pelajar'.keupayaan pelajar sentiasa di awasi dan maklumat pembelajaran di kemaskini.dari masa ke semasa dalam  tempoh pembelajaran

2. PUSAT JAHITAN @ BUTIK?
Pastikan syarikat yang menganjurkan kursus jahitan itu merupakan institusi yang mempunyai segala kemudahan dan kelengkapan untuk menganjurkan kursus-kursus jahitan serta juga berupaya meganjurkan kursus-kursus kemahiran yang lain yang dapat membantu menerapkan sifat-sifat keusahawan.Di Akademi , kita tidak menjual pakaian siap ,tiada showroom'untuk jual/beli pakaian.Kehadiran peserta adalah untuk belajar kerana itu adalah misi dan visi akademi kami.

3.LATARBELAKANG SYARIKAT?
Pastikan syarikat itu mempunyai pengalaman penganjuran kursus-kursus dengan organisasi /NGO/Badan Badan Berkanun dan lain lain pertubuhan, supaya anda lebih yakin dalam memilih syarikat yang mendapat pengiktirafan. Kami telah menganjurkan kusus-kursus jahitan sejak dari tahun 1998 lagi dan pernah bekerjasama dengan organisasi organisasi seperti Jabatan Pembangunan Wanita(JPW), Politeknik, Universiti ,Jawatan Kuasa Penduduk(JKP), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)dan lain lain lagi



25/11/2013

PROJEK MENJAHIT BAJU KONTRAK OLEH PELAJAR-PELAJAR AKADEMI

Seperti dalam sukatan pelajaran, pelajar-pelajar peringkat akhir pembelajaran di beri peluang untuk menjahit baju kontrak. Mereka di latih bagi menyiapkan tempahan-tempahan baju kontrak oleh syarikat@organisasi yang memberikan mereka projek .Bagi mematangkan pelajar dalam arus dunia perniagaan jahitan, mereka haruslah mempastikan
1. Dapat menyiapkan tempahan mengikut tempoh seperti yang telah di janjikan( dateline)seperti  dalam kontrak
2. Jumlah kuantiti yang di perlukan
3. Kualiti jahitan