/

03/12/2012

KELAS PERAKAUNAN BERMULA

Kursus perakaunan secara praktikal dengan menggunakan perisian UBS telah bermula. Rata-rata peserta kursus adalah kakitangan syarikat swasta yang memiliki ijazah dari universiti tempatan dan luar negara.Mereka begitu teruja mengikuti kursus ini kerana cara pembelajaran yang berbeza berbanding dengan apa yang mereka pelajari di pusat pengajian tinggi.Program kursus ini lebih berbentuk reality seperti apa yang dilakukan dalam urusan pejabat setiap hari.

Peserta-peserta kursus di bekalkan dengan dengan hardcopy dokumen-dokumen yang biasa didapati dalam urusan pejabat seperti invois,resit, penyata bank,salary voucher, EPF Statement,dan pelbagaian bil-bil bulanan seperti dari TM, Tenaga Nasional, Syabas . Mereka harus merekod serta membuat filing system kepada dokumen-dokumen tersebut.

Seterusnya peserta-peserta harus membuat data entry di komputer dengan menggunakan UBS sistem dan mempastikan figure dan transaction adalah tepat. Penggunaan sistem UBS hanyalah untuk membantu membiasakan diri dengan transaksi accounting sistem. Pengalaman menggunakan sistem ini dapat membantu mereka membiasakan diri dengan sistem perakaunan yang lain seperti MYOB dan SQL.

Matlamat kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta-peserta kepada urusan dalam dunia perniagaan yang sebenarnya. Siswazah atau bakal siswazah harus di beri peluang untuk mempelajari ilmu yang kurang di terapkan di pusat pengajian tinggi supaya mereka dapat membiasakan diri dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

Pengambilan masih terbuka bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kursus ini samada penuh atau separuh masa.

No comments:

Post a Comment